Tips Bibir Merah Semulajadi

Bibir yang sihat dan lembap merupakan impian setiap orang terutamanya kaum hawa. Ditambah lagi dengan warna merah semulajadi, sekaligus wajah tampak berseri.

Cumanya dengan keadaan cuaca dan penjagaan yang tidak betul, bibir boleh rosak dan kusam. Tambahan pula jika pakai lipstick pun tak nampak menyerlah di bibir.

Jadi maria nak kongsikan 5 tips macam mana nak dapatkan bibir yang sihat secara semulajadi.

Mary Jardin Selangor Jeragat

Cara Memilih Foundation Sesuai Warna Kulit Kombinasi

1. Air
Umum mengetahui bahawa air sangat penting dalam badan manusia. Kekurangan air jelas ternampak pada bibir. Jadi anda perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Jangan menjilat bibir
Ini antara kesilapan terbesar yang kita biasa lakukan. Bibir mungkin nampak lembap sekejap padahal tindakan tersebut akan mengeringkan lagi bibir anda. Seeloknya pakailah pelembap bibir.

3. Memakai pelembap bibir
Terdapat pelbagai jenis pelembap di pasaran sekarang, jadi pilih pelembap yang natural dan ada bahan khusus seperti bees wax, butter dan sebagainya. Paling penting carilah yang natural. Tiada pelembap? Jangan risau, anda boleh gunakan madu sebagai alternatif. Manis dan juga sangat bagus untuk kulit. Jangan jilat sampai habis dah la yea..

4. Memakai pelembap bibir sebelum tidur
Cara sebegini pun sangat efektif. Maria biasa oleskan lip butter sebelum tidur. Hasilnya bibir tidaklah kering berbanding jika maria tak sapu.

5. Bersihkan bibir
Jika anda memakai gincu, pastikan selepas balik kerja bersihkan bibir secara lembut menggunakan ‘wet wipes’ atau ‘makeup remover’. Ini penting untuk menjaga bibir daripada terluka or menggelupas. Elakkan dari menggosok dengan kuat.

Jadi bila anda mengamalkan tip-tips di atas, hasil sapuan gincu di bibir akan lebih terserlah dan cantik.

Tambahan pula, pada 21 April 2018 Mary Jardin akan melancarkan Mary Jardin Artisan Cosmetic yang ‘ultra smooth’ siap ada kolagen lagi.

Lagi menarik ada 10 jenis warna yang boleh dimiliki dengan harga istimewa.

Fuh Banyak betul pilihan kan? mari kita tengok kelebihannya pula.

 

Maria Khamzah

SMS | Whatapps | Telegram 0139543604

Mary Jardin Gombak / Mary Jardin Selangor Produk Bebas Bahan Kimia Bahaya – MJDazzle

Facebook Comments