‘ Kenapa bibir mengelupas ni, tak cukup minum air ke? ‘, ‘ Tu, lipstik tak sekata..bibir kering’. Pernah tak ada di kalangan kita mengalami keadaan tersebut. Keadaan bibir yang tidak sihat akan menyebabkan apa yang dioles pada bibir kelihatan tidak menarik.

Jadi sebelum nak oles apa-apa tu, semak balik apa kandungan lipstik yang dipakai. Paling penting carilah lipstik yang natural, selamat dan bebas daripada plumbum. Pilihan maria tentulah lipmatte Mary Jardin.

Jom maria kongsi sedikit apa yang menarik tentang lipmatte MJ ni.

1. Tidak mengeringkan bibir.
– Rahsia lipmatte MJ terletak pada minyak argan dan Rose Flower oil yang sangat melembapkan bibir.

2. Tidak menghitamkan bibir
3. – ia diperkaya dengan vitamin E yang membantu mengurangkan pigmentasi pada bibir ( bibir jadi hitam)

3. Natural based
4. – Kebanyakkan bahan yang digunakan adalah daripada sumber tumbuhan dan kaya dengan glycerin.

4. Solat Friendly
5. – Ia mudah ditanggalkan dengan hanya menggunakan tisu basah.5. Sapuan yang ‘smooth’
6. Variasi warna yang menarik.Selain dari itu, maria ingin kongsi 2 tips macam mana nak pakai lipmatte ala-ala korea.

Tips Pertama :

– Kebiasaan gadis korea suka memakai lipstik atau lip tint secara ombre / berlapis.
– Mereka akan campurkan 2 jenis warna yang berbeza; 1 warna nude + 1 warna terang.
– Warna terang dipakai di bahagian dalam bibir atas dan bawah. Manakala warna nude di bibir luar atas bawah. Lebih details boleh tengok gambar ni.

Tips Kedua :

– Memandangkan lipmatte MJ bukan ‘long lasting’, maka ada cara lain untuk memastikan ketahanan itu lebih lama.
– Sebelum memakai lipmatte, sapukan bb cushion / foundation pada bibir.
– Kemudian pakai lipmatte dan biarkan dalam 1-2 minit, disudahi dengan dab dab dengan loose powder.

Jom layan testimoni- testimoni ni.

 
Facebook Comments