Punca Liang Pori Besar

Kotoran

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kotoran yang hinggap di muka seperti sisa solekan, debu, asap dan bermacam lagi. Ini akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan terbuka luas.

Minyak

Kulit muka yang berminyak secara berlebihan akan membuatkan pori-pori akan menjadi lebih besar. Fungsi sebenar minyak pada wajah adalah untuk menjaga pori-pori dengan membentuk lapisan, akan tetapi jika berlebihan akan menyebabkan poripori terbuka lebih luas.

Bakteria

bakteria

Pertumbuhan bakteria pada wajah akan menyebabkan terjadinya whitehead atau blackhead yang mana akan menyebabkan pori-pori wajah tampak lebih besar.

Cuaca Panas

Pendedahan kepada sinar matahari dan bahang panas akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak, ini juga akan mendorong kepada pembesaran saiz pori wajah.

 

 

Faktor Genetik

Ada sesetengah genetik mempunyai masalah liang pori wajah yang besar

Faktor Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang, berlemak dan berminyak juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada pori wajah yang besar.

Penuaan

Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar.

 

Untuk lebih tips untuk kecilkan pori boleh klik link dibawah

Facebook Comments