Pengasas Produk Kecantikan Mary Jardin, Dr Maryam l MJDazzle

Dunia sekarang dibanjiri dengan pelbagai jenis barangan kecantikan dan kosmetik. Tapi macam mana kita nak cari produk kecantikan yang diyakini HALAL dan SELAMAT untuk kulit? Tambah lagi dengan kehadiran krim kilo timbang serta produk pemutihan yang boleh menghilangkan masalah muka dalam sekelip mata semakin berleluasa.

Berbekalkan pada permasalahan ini, timbul niat Dr Maryam untuk menghasilkan produk kecantikan yang HALAL dan SELAMAT serta standing dengan produk International tetapi dengan harga yang berpatutan. Dengan mengambil inspirasi daripada produk luar negara, maka terhasil lah produk Mary Jardin yang bertemakan ungu Lavender yang pertama di Malaysia.

Sebelum kita mengulas mengenai produk Mary Jardin dengan lebih lanjut, elok kiranya kita berkenalan dahulu dengan Dr Maryam;

  • Nama penuh : Dr Maryam Al-Batul
  • Graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang perubatan dan merupakan Top Scorer.
  • Berkhidmat sebagai doktor pelatih (HO) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun.
  • Berkhidmat sebagai MO (Doktor perubatan di HSB + Dematology, unit bawah medical) selama setahun.
  • MO Klinik Kesihatan Kuala Krai selama 2 tahun
  • Meletakkan jawatan sebagai doktor untuk focus sepenuhnya kepada Mary Jardin.

 

Manakala kejayaan Dr Maryam di bidang keusahawanan memang tidak dapat disangkal lagi.Beliau mempunyai pengalaman bisnes selama 3 tahun di bidang online  dalam produk kesihatan. Semasa memperkenalkan Mary Jardin, beliau diangkat sebagai pemenang dalam Konvensyen Usahawan Online 2016 apabila Berjaya mendapat jualan 70k dalam Program Intertwip bulan ogos tahun 2016.

(letak pic)

Mary Jardin bermula dengan 3 produk sahaja iaitu sabun, face oil dan detoks clay mask. Kemudian ia berkembang kepada minuman kesihatan . Berbekalkan pada minat dan kesungguhan serta sambutan orang ramai, Mary Jardin mula melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan produk kosmetik natural di bawah nama Mary Jardin Artisan Cosmetic.

Antara kejayaan- kejayaan lain Dr Maryam adalah :

  • Rekod jualan 600k sebulan
  • Sales MJ 1 JUTA dalam masa 3 bulan selepas pelancaran
  • Mencatat jualan 1 JUTA dalam masa SEHARI ketika #MJReborn
  • Mempunyai hamper 5000 agen meliputi seluruh Malaysia, Riyard, Korea, Australia, Turki dan Madinah.

 

Kejayaan ini didokong bersama suaminya, Dr Athiq yang juga CEO Mary Jardin. Sekarang MJ telah bertapak di Star Avenue, Subang dan segala aktiviti yang seperti training dan kelas diadakan di sana.

Di samping itu, Mary Jardin juga ada  membuka peluang kepada orang ramai terutamanya suri rumah dalam menjana pendapatan melalui bisnes online dari rumah tanpa modal. Prinsip Mary Jardin mudah sahaja :

  • Zero Cost Marketing
  • Zero Modal Bussiness
  • Zero Alasan

Sesiapa sahaja boleh Berjaya dan menjadi usahawan asalkan ada niat dan tujuan yang betul. Persekitaran serta rakan yang positif juga turut membantu dalam memperkembangkan bisnes. Semoga apa yang kita hajati dapat direalisasikan bersama. Anda yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami sangat dialu-alukan.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments