Bukan senang untuk mencari skincare natural yang terbaik untuk kulit. Macam maria, daripada skincare yang murah sehinggalah yang mahal maria pernah cuba, tapi akhirnya kecundang juga dek penangan duit dan juga bahan kimia di dalamnya. Tapi pada masa tu, kulit memang licin, bak telur dikupas. Setelah kulit dah imun dengan skincare tersebut, muka tak lagi bersinar bahkan muncul jerawat, kulit kusam dan berminyak.

Sampai maria rasa dah putus asa, timbul kesedaran untuk mencari produk yang natural dan tak berbahaya pada muka. Yelah muka ni nak guna lama kan. Godek facebook maka bertemulah jodoh dengan Mary Jardin(MJ)ni. Oh yea, sebelum maria pakai MJ maria ada pakai satu produk natural juga tapi bila bandingkan bahan-bahan dalam MJ lebih banyak khasiatnya. Jadi terus tukar pada MJ.

Masalah muka maria ni, ada parut hitam di pipi kiri kanan, muka berminyak, kulit kusam dan pori terbuka. Lagi satu, maria ada parut ‘chickenpox’ yang dalam, jadi bila pori tersumbat memang jerawat kerap naik silih berganti. Sehinggakan hitam kawasan tu. Kalau bangun tidur pula, muka sangat berminyak. Tak selesa kalau tak cuci.

Maria mula pakai MJ pada bulan November 2016. Pada harga RM150, maria dapat sabun, face oil dan clay mask. Satu yang maria sangat suka tentang MJ ni adalah skincare yang simple. Tak perlu pakai 4-5 items, cukup hanya 3 items bagi kegunaan harian.

Jadi maria nak kongsi sedikit rutin maria sepanjang pakai MJ ni :

1. Disebabkan kulit maria jenis berminyak, maria pakai sabun 2 kali sehari (pagi dan malam)
2. Untuk face oil, maria gunakan 2 titik setiap kali pakai dan tambah ikut keperluan.
3. Clay mask pula dipakai 1 kalo seminggu. Maria suka campur dengan yogurt takpun esp. Kulit jadi lebih lembap dan best.

Tak lama selepas tu, MJ keluarkan Collagen serum. Serum MJ ni sangat best kerana ia adalah serum yang menggunakan kolagen ikan salmon di mana khasiatnya adalah 7 kali ganda dari ikan talapia. Lagi menarik, ia mempunyai spf30. Jadi tak perlu beli sunblock dah.

Kulit maria sekarang lebih sihat dan bersih secara semulajadi. Jerawat dah jarang sangat naik kecuali bila nak period atau maria tak cuci bersih bedak di muka. Pori- pori pun dah mengecil dan tak tersumbat lagi. Pori yang tersumbat adalah penyumbang kepada jerawat yang naik. Bila kotoran, bakteria dan sebagainya bergabung. Tu yang jadi jerawat.

Muka maria pun dah tak berminyak sebab penangan clay mask yang membantu menyerap minyak, mencuci pori dan menanggalkan sel-sel kulit mati. Nutrien pun lebih mudah nak menyerap masuk ke dalam kulit.

Paling best, suami pun turut perasan yang muka maria dah lama tak naik jerawat. Kalau dulu, maria sampai tak yakin nak jumpa orang ramai. Alhamdulilah, bersyukur sangat dipertemukan dengan skincare MJ. Walaupun kesannya bukan sekelip mata, tapi ia bergantung kepada jenis kulit dan sejarah penggunaan skincare terdahulu.

Dengan harga berpatutan dan bahan-bahan premium maria boleh kekal jelita tanpa derita. Anda pun boleh cuba jika mahu tampil anggun dan cantik dengan cara yang betul. Janji ianya tak memudaratkan.

Maria Khamzah

SMS | Whatapps | Telegram 0139543604

Mary Jardin Gombak / Mary Jardin Selangor Produk Bebas Bahan Kimia Bahaya – MJDazzle

Facebook Comments