‘ Now, everyone can fly’

Tagline tu adalah yang sering kita dengar di mana-mana sahaja. Dengan harga tambang yang murah, ia mendapat tempat di hati semua orang.

Teringat pula zaman maria ulang alik sabah dan kuala lumpur. Memang tiap-tiap minggu semak tiket airasia ni. Kata orang, kena semak setiap hari isnin, baru dapat murah. Ada betulnya juga sebab hari lain mahal sangat. Mau terkopak duit kalau balik setiap minggu. Hehe

Dan bila masuk ke kapal terbang tu, ada majalah cenderamata serta buku menu untuk makanan. Maria suka belek-belek majalah sambil tunggu flight mendarat.

Hari tu, tengok ada agent MJ tunjuk yang Mary Jardin dah masuk majalah dalam kapal terbang. Mak aih, bangga setaman. Sebab produk MJ dah menembusi pasaran antarabangsa. Yerla, bukan orang malaysia je yang naik kapal terbang ni. Orang asing pun ramai.

Rasa nak canang dekat semua orang kita ni agent Mary Jardin tapi setakat dalam hati jela. Harapnya produk MJ boleh pergi jauh lagi di pasaran dunia. Tak mustahil suatu hari nanti, MJ akan berdiri sebaris dengan channel, lancome dan produk antarabangsa lain.
Berangan tu percuma je.

Pilihlah MJ kerana mencari yang selamat itu satu jihad juga.

Salam Sayang ,
Maria Khamzah

Facebook Comments