Duta Produk Mary Jardin Artisan Cosmetic, Farah Lee l MJDazzle

Siapa yang tidak mengenali blogger Farah Lee yang sinonim dengan butik dan jenama OmmaEsabel serta puterinya, Maream yang menawan hati. Maria suka follow Instagram Farah Lee  kerana orangnya cantik dan penampilan Farah yang simple dan sederhana. Lagi satu muka Farah sendiri ‘korean looks’.

Baru-baru ini, Farah Lee dilantik sebagai duta produk kosmetik MJ yang baru iaitu Mary Jardin Artisan Cosmetic (MJAC).  Pelantikan ini sesuai dengan imej Farah yang simple dan semulajadi. Farah juga ada membuat review berkaitan produk MJAC ini. Mary Jardin Artisan Cosmetic merupakan hasil formula Dr Maryam untuk membuat kosmetik yang natural dan selamat untuk digunakan. Antara produk yang dilancarkan adalah foundation, bb cushion dan juga lipmatte.

Jom kita tengok apa kata Farah Lee selaku duta MJ

Bagi wanita yang sukakan bedak yang cepat dan ringkas untuk ‘touch up’, bb cushion adalah pilihan yang tepat. Ini kerana ia didatangkan dengan span untuk memastikan pemakaian bedak lebih sekata dan cepat.  Lagipun ia adalah ‘medium coverage’ kerana hanya sapuan nipis sahaja diperlukan untuk tampil menawan.

Tapi bagaimana pula untuk individu kulit berminyak? Kulit Maria sendiri adalah kategori berminyak dan itu agak merimaskan kerana muka akan berkilat jika teknik yang digunakan salah. Jadi maria akan kongsikan apakah teknik yang betul untuk diaplikasikan bagi menghalang masalah ini. Tips ini maria dapat sewaktu menghadiri bengkel ‘ Makeup for Beginner’ oleh MUA Amni Zulkifli.

Pertama sekali paling penting untuk prep atau sediakan base muka yang kemas :

  1. Bersihkan muka dari sebarang kotoran dan minyak
  2. Semburkan ‘face mist’ dan tunggu sehingga ia kering
  3. Pakai serum dan face oil untuk memberi kelembapan pada kulit
  4. Pakai ‘primer’
  5. Boleh mulakan dengan foundation atau bb cushion. Jika menggunakan foundation, sapuan akan lebih sekata jika menggunakan beauty blender (bentuk air mata). Dan spray face mist sikit dekat beauty blender supaya foundation tu melekat pada kulit. Hanya dab dab sahaja jangan Tarik.
  6. Siapkan keseluruhan muka dengan blusher dan lipmatte
  7. Akhir sekali semburkan face mist untu bagi mekap tahan lama dan tak pecah.

 

Selamat Mencuba

Facebook Comments