Air merupakan sumber kehidupan.  Ia meliputi sebanyak 71% daripada permukaan bumi kita. Tanpa air, planet kita akan mati. Begitu juga dengan kita. Tubuh badan kita juga mengandungi sebanyak 70% air. Tubuh badan kita memerlukan air untuk terus hidup. Ia menjadikan bahagian tubuh badan anda dapat berfungsi dengan baik.

Air juga akan membuang semua toksin dalam tubuh badan kita sebagai mana ia berlaku melalui peluh kita. Apabila tubuh badan kita merembeskan toksin melalui liang-liang peluh, ia akan mengelakkan daripada liang-liang tersebut menjadi tersumbat. Apabila kita berpeluh, liang-liang kita akan terbuka dan membolehkan ia untuk bernafas dan merembeskan bakteria dan minyak yang terumbat padanya secara berkala.

Air putih Baik untuk Kesihatan Kulit Anda

Hal ini mengapat air sangat penting dan kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jangan tambah sebarang perisa, gula atau sirap ke dalam air anda. Hanya air sahaja. Sekiranya anda ingin menambahkan perisa tambahan, andab oleh menambah buah beri kegemaran anda ataupun hirisan buah yang boleh disimpan dalam peti sejuk dan anda boleh mengambilnya dengan penuh kegembiraan.

Sangat enak! Anda boleh menggantikan minuman bergula dan soda dengan air. Bagi setiap minuman bergula yang anda minum, anda sebenarnya telah menyebabkan tubuh badan anda tidak dapat mendapatkan air yang secukupnya untuk membersihkan tubuh badan anda dari dalam. Minuman bergula juga boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

BACA JUGA : 5 Kebaikan Segelas Air putih

Air dapat membantu peredaran darah, pencernaan dengan lebih baik selain daripada membuang toksin daripada tubuh badan. Ia juga dapat membantu menyerap nutrien yang penting. Dengan aliran darah yang baik, liang-liang anda akan terbuka membolehkan ia mengeluarkan minyak dan bakteria pada kulit. Apabila anda dahaga, hal ini memberi tahu bahawa tubuh badan anda sedang berada dalam keadaan dehidrat. Jangan tunggu sehingga anda dahaga baru anda mahu minum air.

Sekiranya anda anda memberikan air yang secukupnya setiap hari, tubuh badan anda akan menjadi hidrat dengan baik begitu juga dengan kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih cerah, anda juga akan kelihatan lebih segar, tidur anda juga akan lebih baik di samping anda akan kelihatan lebih cantik dengan kulit yang cerah itu!

Terlalu banyak khasiat yang menakjubkan hanya dengan menambahkan air ke dalam diet harian anda. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mimun air setiap hari dan jadikan ia lebih mudah dengan membawa air kemana sahaja anda perlu. Selamat berhidrat!

Facebook Comments