7 Tips Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Jeragat merupakan bintik-bintik yang bewarna coklat cair yang muncul pada kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari. Jeragat juga sering kali terjadi pada mereka yang memiliki kulit muka bewarna kemerah-merahan dan kurang pigmentasi pada kulit. Jeragat yang biasa tidak akan membahayakan dan tidak akan membawa kepada kanser kulit.

FAKTA TENTANG JERAGAT

Kebanyakan jeragat pula terjadi akibat daripada pendedahan terhadap sinaran ultra ungu yang mana kebiasaannya akan hilang pada musim sejuk. Namun begitu, jeragat yang muncul bukan pada waktu kebiasaannya boleh membawa kepada kanser kulit. Keadaan kulit yang kelihatan pelik, perubahan pada warna kulit atau bintik-bintik kecil pada kulit seharusnya perlu merujuk kepada ahli dermatologi anda. Rawatan juga turut disediakan untuk mengurangkan atau menghilangkan terus jeragat tersebut.

7 Tips Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

APAKAH ITU JERAGAT?

Jeragat ialah suatu bintik-bintik kecil bewarna perang yang biasanya bersaiz kepala paku. Bintik-bintik tersebut biasanya akan terjadi disebabkan oleh terlalu kerap berada di bawah cahaya matahari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang memiliki rambut yang bewarna merah dan memiliki kulit yang berwarna cerah. Gejala ini boleh berlaku pada usia sewal 1 atau 2 tahun.

Kebanyakan jeragat muncul dalam pelbagai warna. Ada yang mengalami jerawat yang bewarna kemerah-merahan, kuning, perang, coklat ataupun hitam mengikut perbezaan individu. Apa yang jelas, warnanya akan menjadi lebih gelap daripada warna kulit yang asal. Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh peningkatan pigmen gelap kulit yang dikenali sebagai melanin serta peningkatan jumlah sel penghasil pigmen yang dikenali sebagai melanosit. Perkataan jeragat (freckle) itu sendiri berasal daripada bahasa Inggeris Tengah, freken yang juga berasal daripada bahasa Old Norse freknur yang membawa maksud yang sama.

APAKAH JENIS JERAGAT YANG ADA? JERAGAT VS LENTIGO

 Ephelides (ephelis) merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Greek dan juga satu istilah perubatan bagi jeragat (freckle). Istilah ini merujuk keada suatu bintik yang bewarna kemerah-merahan berukuran 1 mm hingga 2 mm yang kebiasaannya muncul pada bulan-bulan musim panas. Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang memiliki kulit yang cerah dan juga dalam sesebuah keluarga mereka disebabkan oleh faktor genetik. Mereka yang memiliki warna yang kemerah-merahan dan mata bewarna hijau juga lebih terdedah kepada masalah ini. Pelindung matahari perlu digunakan bagi mengurangkan gejala ini.

Manakala Lentinines (lentigo) berasal daripada perkataan bahasa Latin daripada perkataan lentil dan dalam istilah perubatan ia merujuk kepada suatu bentuk bintik terpigmentasi  yang lebih besar di mana kebiasaannya akan muncul pada kawasan kulit yang rosak akibat daripada terkena cahaya matahari yang berlebihan. Lentigines ini kebiasaannya bewarna lebih gelap daripada jeragat yang biasa dan kebiasaannya tidak akan hilang apabila memasuki musim sejuk. Bintik jenis ini juga sering disebut sebagai lentigo simplex atau solar lentigo. Sungguhpun begitu, bilangan melanosit dan melanosom (struktur sel yang mengandungi pigmen melanin) adalah normal. Sungguhpun lentigines ini merupakan sebahagian daripada satu sindrom genetik yang jarang belaku, dalam kebanyakan keadaan ia hanya kelihatan sebagai bintik-bintik yang terpencil dan tidak membawa apa-apa.

APAKAH PUNCA JERAGAT?

Jeragat muncul akibat daripada kombinasi genetik dan juda pendedahan kepada cahaya matahari. Matahari dan sinaran fluorosen kedua-duanya membebaskan sinaran ultra-unggu yang maka apabila ia diserap oleh kulit akan menyebabkan peningkatan penghasilan pigmen melanin oleh melanosit. Mereka yang miliki rambut perang atau merah, mata bewarna cerah dan kulit yang cerah berisiko untuk mengalami kesan daripada sinaran UV tersebut sehingga boleh menyebabkan jeragat pada kulit. Hakikatnya, jeragat ini hanyalah suatu keadaan di mana terdapat lebihan melanin di satu-satu tempat pada kulit.

ADAKAH JERAGAT INI DAPAT DIWARISI?

Warna kulit merupakan faktor yang sangat penting dalam soal pembentukan jeragat ini. Kecenderungan untuk pembentukan jeragat adalah melalui pewarisan bagi mereka yang memiliki kulit yang cerah atau rambut yang bewarna perang atau merah. Manakala mereka yang memiliki pigmen kulit yang gelap tidak akan mengalami jeragat.

Dalam kajian yang dilakukan pada sepasang kembar termasuklah kembar seiras dan tidak seirang telah mendapati bahawa terdapat sedikit persamaan dalam jumlah jeragat yang ada pada pasangan kembar seiras manakala bagi kembar tidak seiras pula tidak terdapat banyak persamaannya. Kajian ini menunjukkan bahawa gejala jeragat ini terjadi disebabkan oleh faktor genetik.

MENGAPA JERAGAT TERBENTUK PADA KAWASAN KULIT YANG TIDAK TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI?

Amat jarang sekali jeragat berlaku pada kawasan kulit yang terlindung dan ia juga tidak memberikan sebarang risiko kepada kesihatan bahkan tidak berbahaya. Ia juga bukan berbentuk kanser dan tidak menjadi kanser. Namun, terdapat suatu keadaan yang jarang berlaku melibatkan masalah penyakit warisan yang dikenali sebagai neurofibromatosis. Jeragat jenis ini sedikit berbeza dari segi rupa bentuk dan taburannya berbanding dengan yang biasa.

  • Jeragat Hutchinson’s merupakan sejenis kanser kulit yang istimewa yang juga dikenali sebagai lentigo maligna melanoma. Ia merupakan sejenis kanser kulit yang umumnya berlaku pada muka golongan tua yang pernah mengalami pendedahan cahaya matahari suatu ketika dahulu. Lama-kelamaan, ia boleh menjadi lebih agresif. Melalui satu ujian mudah yang dikenali sebagai biopsi kulit boleh dijalankan untuk mengesan gejala lentigo maligna ini.
  • Melanoma: Ia merupakan sejenis kanser yang berbahaya dan boleh dialami oleh golongan muda di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari bahkan juga di kawasan yang terlindung. Memandangkan punca utama melanoma ini masih lagi tidak diketahui, sinaran ultra-unggu turut disyaki terlibat sama memainkan peranan. Melanoma boleh terjadi daripada gejala tahi lalat atau bintik yang terpigmentasi yang telah lama ada. Melanoma juga boleh terjadi pada kulit yang normal tanpa sebarang gejala tahi lalat sebelumnya. Sebagai perbandingan antara jeragat dengan melanoma, melanoma dilihat lebih besar, gelap dan memiliki warna yang tidak tetap serta memiliki pelbagai variasi bentuk. Kebanyakan melanoma berbantuk rata dan tidak mengembang seperti mana yang disalahanggap oleh kebanyakan orang.

APAKAH RAWATAN BAGI JERAGAT?

Jeragat biasanya jarang dirawat. Namun, terdapat beberapa cara yang selamat dan memakan sedikit kos boleh dilakukan untuk mengurangkan jeragat. Rawatan yang berterusan juga diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Tidak semua kulit akan dapat pulih dengan rawatan yang sama bahkan jeragat juga boleh kembali berlaku akibat daripada pendedahan kepada sinaran UV yang berulang kali.

Antara rawatan yang boleh dilakukan:

1.Krim peluntur

Ia merupakan sejenis produk yang mengandungi asid hydroquinone dan kojic yang mana boleh diperoleh dengan atau tanpa sebarang preskripsi. Namun, kandungan hydroquinone yang tinggi (melebihi 2%) memerlukan preskripsi untuk mendapatkannya. Produk ini dapat membantu mencerahkan jeragat jika digunakan secara berterusan dalam tempoh satu bulan. Cara ini akan menjadi lebih berkesan apabila diikuti dengan mengelakkan diri daripada pendedahan cahaya matahari berlebihan dan menggunakan pelindung matahari.

 

2.Retinoids

Kadang kala ia digunakan bersama krim peluntur yang lain seperti tretinoin (asid vitamin A, Retin-A), tazarotene (Tazorac) dan adapalene (Differin) juga dapat mengurangkan jeragat apabila digunakan selama beberapa bulan.

 

Cryosurgery: Sedikit proses penyejukan menggunakan cecair nitrogen boleh juga merawat sesetengah jenis jeragat. Namun, tidak semua jeragat akan memberikan tindak balas melalui rawatan ini.

 

Rawatan Lazer: Pelbagai jenis lazer boleh membantu mengurangkan jeragat secara selamat dan berkesan. Seperti cryosurgery, rawatan lezer ini memerlukan satu prosedur yang mudah dan selamat dengan kadar keberhasilan yang tinggi dan kadar risiko seperti rasa takut atau kesan sampingan kepada kulit yang rendah.

 

Photofacials atau rawatan Intense Pulsed Light (IPL) juga merupakan antara rawatan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dan menghilangkan jeragat. Ia bukan seperti teknik lazer namun hanya melibatkan sumber cahaya yang bertekanan tinggi.

 

Penggunaan bahan kimia untuk mengupas kulit yang lama juga boleh membantu mengurangkan jeragat dan membaiki pigmentasi yang tidak seimbang.

ADAKAH TERDAPAT PETUA UNTUK MENGHILANGKAN JERAGAT?

Tiada petua yang benar-benar boleh merawat jeragat. Namun, melalui carian di internet kita dapati terdapat pelbagai jenis rawat yang mana boleh dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan yang boleh dimakan. Melalui cara solekan mungkin boleh memberikan kesan yang baik untuk merawat jeragat.

BOLEHKAH KITA MENCEGAH JERAGAT?

Memandangkan kita tidak boleh mengubah kandungan genetik kita yang mengandungi gen-gen yang menyebabkan jeragat, cara pencegahan yang boleh kita lakukan ialah dengan mengurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari termasuklah:

  1. Menggunakan pelindung matahari dengan SPF 15-50.
  2. Gunakan topi yang lebar 6 inci.
  3. Menggunakan pakaian pelindung matahari seperti baju lengan panjang dan seluar panjang.
  4. Elakkan daripada keluar pada waktu terik iaitu jam 10 pagi sehingga 4 petang.
  5. Kurangkan berjalan di luar dan berada di dalam rumah.

Mencegah jeragat adalah lebih mudah berbanding dengan menghilangkannya. Rawatan pengurangan jeragat lebih susah dan kebanyakannya tidak memuaskan. Mereka yang sudah tahu menghidap masalah ini seharusnya mendapatkan perlindungan daripada cahaya matahari sejak kecil lagi. Kebanyakan masalah kulit yang melibatkan cahaya matahari dan UV seringkali berlaku pada kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun.

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah untuk mengalami jeragat dan selaran matahari juga berisiko untuk menghidap kanser kulit. Jeragat mungkin boleh menjadi tanda amaran terhadap kulit yang sensitif dan bahkan berupaya untuk mengalami kanser kulit.

Cadangan Produk hilangkan jeragat dengan berkesan

  1. Mempunyai Sun Protective Factor SPF – Kita memerlukan serum yang menggunakan SPF30 yang boleh memberikan perlindungan kepada kulit kita.
  2. Kolagen – Sebagai bahan aktif untuk merawat dan memulihkan kulit kita. Mampu memberi kelembapan yang panjang. Kolagen Salmon adalah yang paling disyorkan kerana 7 kali ganda lebih baik dari talapia collagen yang terdapat di dalam kebanyakan produk lain.
  3. Sumber Antioksidan – Menghilangkan jeragat dan mengahalang kerosakan sel pada kulit wajah. Melambatkan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat.

3 cara nak pakai boleh pilih mana-mana yang sesuai dgn kulit 

1) Since serum adalah water based, pakai serum dulu 1 drop, after dah dap2 dekat muka, pakai face oil pula.

2) Pakai face oil dulu. Biar skejap dlm 1 minit, untuk bagi oil meresap, then baru pkai serum.

3) Pakai serum pagi, face oil malam.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang serum ini boleh klik kat sini

Atau boleh terus contact

Maria Khamzah

SMS | Whatapps | Telegram 0139543604

Mary Jardin Gombak / Mary Jardin Selangor Produk Bebas Bahan Kimia Bahaya – MJDazzle

FB Page Maria Khazmah

7 Tips Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

 

 

Facebook Comments