Break Out

Break Out istilah yang biasa digunakan bila muka diserang jerawat secara berjemaah dan pada tempat yang sama.Aduh, tambah parah bila ada parut-parut hitam lagi.

Breakout ini buat kita kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai.Hanya orang yg pernah alami tahu perasaannya mcm mana.(boleh kongsi pengalaman di bahagian komen di bawah).

Apa sebenarnya punca breakout ni? meh kita tengok sama-sama.

Hormon

Biasanya remaja paling banyak mengalami masalah jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Tapi tak perlu risau sebab sebum ni akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia. Lagi satu bila perempuan nak datang bulan pun, jerawat akan mula timbul.Itu adalah masalah hormon juga.

Jangkitan Bakteri

Rupanya dalam sel kulit kita ni ada bakteria.Bakteria ini makan sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Sebab tu, tak boleh sentuh muka sesuka hati. Free2 je bakteria tu berjalan ke sana ke mari.

Makanan

Makanan yang berminyak dan pedas lebih mendorong jerawat untuk naik kerana ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.Seeloknya lebihkan makan buah dan juga sayuran yg banyak vitamin A.

nasi minyak terengganu
Facebook : Maria Khamzah

Stress

Lagi banyak stress, lagi banyak jerawat akan keluar. kenapa? sebab adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.

Penggunaan kosmetik dan alat solek

Muka yg tak dicuci dengan sempurna boleh meyumbat pori-pori dan menyumbang kepada masalah kulit. Perkongsian alat mekap juga boleh meyebarkan bakteria ke muka. It’s adviseable to clean makeup tools selepas guna.

Cahaya matahari

Haba daripada cahaya matahari membuatkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus boleh menyumbat pori-pori.

Baca : Masalah sunburn ini penyelesainya

pakaian

Ini pun menyumbang pada jerawat especially di belakang badan.Sebab kat belakang badan ada ribuan kalenjar dan liang roma untuk perangkap minyak dan sebum. Pakai pakaian yang sesuai dgn cuaca malaysia dan ada pengudaraan macam cotton. Tapi bukan suruh pakai yg mendedahkn kulit ye.

Lagi best, mengikut kajian memakai pakaian yang tidak mendedahkan kulit boleh menghalang dari terkena kanser kulit dan jangkitan bakteria daripada pencemaran. Ada hikmah mengapa Islam menyuruh kita menutup aurat.

Jadi itulah antara punca-punca kenapa jerawat boleh berlaku. Boleh kongsi dengan maria pengalaman di bahagian komen di bawah.

Dapatkan Produk Kecantikan Organik dan Natural Disini

Jika anda ada masalah dengan kulit muka, boleh komen di bawah. Maria akan tolong anda….

Facebook Comments