Kebanyakan orang akan menjadi lebih tertekan disebabkan oleh kesan parut jerawat berbanding jerawat itu sendiri. Sesetengah daripada kesan parut ini akan kekal kelihatan sungguhpun jerawatnya sudah tiada.

Sungguhpun kesan parut tersebut akan hilang juga, namun ia menyebabkan kekurangan keyakinan diri seseorang.

Sungguhpun begitu, persoalannya ialah berapa lama parut tersebut akan hilang adalah bergantung kepada beberapa faktor.

Berapa Lamakah Masa yang Diambil untuk Parut Jerawat Hilang?

Antara faktor yang mempengaruhi berapa lama parut jerawat akan hilang ialah:

1. Jenis Jerawat

Beberapa jenis jerawat seperti jerawat yang kecil-kecil tidak akan meninggalkan parut pada kulit anda. Hal ini bermakna, parut yang disebabkan oleh jerawat yang kecil akan hilang begitu sahaja dalam tempoh beberapa hari sahaja. Walaubagaimanapun, sesetengah parut mungkin akan kekal lebih lama dan memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk hilang. Adalah perlu untuk anda tahu bahawa semua jerawat pada kulit tidak akan hilang begitu sahaja, ia akan mulai menghilang sedikit demi sedikit apabila sistem kulit anda mula membaiki tisu-tisu yang rosak.

2. Jenis Kulit

Jawapan kepada soalan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk parut jerawat itu untuk hilang? Ia bergantung kepada jenis kulit seseorang itu juga. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki kulit yang berminyak, ia bukan sahaja memudahkan jerawat untuk tumbuh bahkan juga menyebabkan kulit anda akan kekal dengan parut tersebut untuk jangka masa yang lebih lama berbanding kulit muka yang kurang berminyak.

Baca : 7 Punca Muka Anda Berjerawat

Cara-cara untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Walaupun parut jerawat akan hilang juga, namun terdapat beberapa jenis rawatan yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.

1. Rawatan Laser

Laser Treatment

Rawatan lazer merupakan cara yang lebih berkesan untuk menghilangkan parut jerawat berbanding menggunakan krim dan gel. Ia meningkatkan penggantian kulit dengan lebih pantas. Apa yang menarik ialah parut tersebut akan hilang selepas sekali atau dua kali rawatan sahaja.

2. Produk-produk Farmasi

Drugstore Products

Penggunaan krim kulit boleh mengurangkan kepucatan kulit dan kesan-kesan merah pada kulit anda. Ia mengandungi arbutin, asid kojic dan vitamin C yang diperlukan untuk mengembalikan tona dan tekstur kulit.

3. Bahan Penutup Lubang

Sekiranya kulit anda memiliki lubang dan lekukang kecil, ahli dermatologi anda akan menyuntik bahan tertentu untuk mengembalikan semula tekstur kulit dan mengurangkan kesan parut akibat daripada jerawat.

4. Rawatan-rawatan secara ‘DIY’

Rawatan secara ‘DIY’ atau dengan hasil tangan anda menggunakan bahan-bahan semula jadi boleh melawan kesan-kesan parut pada kulit. Rawatan ini kini sudah menjadi kebiasaan dan kebanyakannya berkesan. Sebagai contoh, jus lemon memiliki ciri-ciri pengakis dan menjadi rawatan yang terbaik untuk menghilangkan parut jarawat pada kulit. Anda juga boleh menghilangkan parut dengan menggunakan kiub ais. Caranya ialah dengan meletakkan sebiji kiub ais pada parut tersebut selama 15 minit setiap hari

5. Pembedahan

Jika, tiada ada satu pun cara yang disebut sebelum ini berkesan, anda boleh melakukan pembedahan. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan hanya untuk masalah parut kulit yang parah dan sukar dirawat sahaja.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, adalah penting untuk diketahui bahawa dua faktor (jenis jerwat dan jenis kulit) akan menentukan berapa lama parut tersebut akan kekal pada kulit anda. Namun, beberapa cara boleh dilakukan bagi memastikan  ia tidak akan kekal lama pada kulit anda tidak kira apa jenis jerawat dan kulit anda.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat buat anda boleh share kepada kawan-kawan anda.

Facebook Comments