6 Tips Harian yang Menyihatkan Untuk Kulit Cerah

0
82

Kulit cerah merupakan idaman setiap orang. Kulit memerlukan penjagaan yang lembut sebagaimana anggota tubuh badan lain yang juga memerlukannya. Kulit merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan kita.

Ia melindungi kita daripada bahan-bahan toksin, kuman, bakteria dan sebagainya. Disebabkan oleh kulit kita bekerja keras untuk melindungi organ dalaman kita, maka kita perlu menjaganya dengan baik.

6 Perkara yang anda perlu tahu untuk mendapatkan Kulit Cerah

Selain daripada menggunakan produk-produk penjagaan kulit yang ada, masih terdapat beberapa cara lain yang tubuh badan anda perlukan bagi memastikan ia berfungsi dengan sebaiknya.

1. Air

Tubuh badan memerlukan air untuk terus hidup. Ya benar. Tanpa air, tubuh badan tidak dapat hidup. Air memastikan bahagian dalaman badan kekal hidrat dan sejuk selain daripada memberikan kelembapan yang diperlukan untuk kulit supaya kekal lembut dan lembab. Minuman berkaffein boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, gantikannya dengan air putih!

2. Rehat

Tubuh badan memerlukan rehat yang cukup untuk kekal berada pada prestasi yang maksima. Memandangkan kini ramai yang melalui hidup yang penuh dengan tekanan dan kesibukan, rehat sering kali menjadi satu perkara yang sukar diperoleh. Keadaan seperti ini tidak baik sebenarnya.

Rehat sangat diperlukan untuk kulit kekal sihat. Dapatkan sedikit rehat pada waktu pagi dengan berbaring sambil membaca buku untuk seketika tanpa sebarang gangguan ataupun mendapatkan mandian buih yang menyegarkan. Semua ini merupakan cara yang terbaik untuk memberikan kerehatan kepada tubuh badan anda.

3. Bersenam 

Bersenam dapat menjadikan tubuh badan anda kekal kuat dan sihat. Ia juga dapat membantu tubuh badan anda merembeskan keluar toksin-toksin melalui peluh supaya ia tidak kekal berada dalam tubuh anda sehingga menyebabkan kulit anda kelihatan tidak sihat.

Darah pula akan dipam lebih baik apabila anda bersenam sehingga membolehkan liang-liang anda terbuka bagi mengeluarkan toksin tersebut melalui peluh. Kulit anda akan kelihatan cerah selepas itu.

4. Mengamalkan Diet yang Sihat

Diet yang sihat kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan bijirin penuh yang dapat mematikan tubuh badan anda kekal sihat di samping membantu kulit anda untuk kelihatan lebih cerah dan bersih. Apa yang anda makan tersebut akan masuk ke dalam kulit anda hal ini mengapa diet yang sihat itu penting untuk kulit anda.

Kurangkan pengambilan makanan proses yang kaya dengan lemak, gula dan garam – pilih makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang mana akan memberikan khasiat kepada kulit dan tubuh badan anda secara keseluruhannya.

5. Rawatan Penjagaan Kulit

Anda perlu membuang minyak pada muka anda siang dan malam, jerawat yang disebabkan oleh bakteria dan bendasing daripadakulit anda.

Kemudian sekiranya anda, diikuti pula dengan toner sekiranya anda memiliki kulit yang berminyak dan diakhiri dengan pelembab tanpa minyak untuk menyeimbangkan paras pH kulit anda dan menjadikan kulit anda kekal hidrat.

6. Memakai Pelindung dan Elakkan daripada Terlalu Terdedah kepada Matahari

Kerosakan disebabkan oleh sinaran matahari merupakan perkara yang serius dan sukar diubati. Ia boleh menyebabkan bintik hitam terbentuk pada kulit selain daripada garis-garis halus dan kedutan pada waktu yang tidak sepatutnya bahkan juga menyebabkan kanser kulit.

Sekiranya anda perlu berada di bawah sinar matahari untuk tempoh yang lama, anda perlu memakan pelindung kulit dengan kandungan SPF yang tinggi. Walaupun untuk waktu yang singkat juga, pelindung kulit diperlukan bagi mengekalkan kulit anda sentiasa dilindungi dan sihat.

Ikuti langkah ini dan kulit anda akan berada dalam kedaan yang paling baik. Jangan dera kulit anda dan ia akan kekal sihat untuk beberapa tahun akan datang.

Baca : 7 Cara Menghilangkan Parut Jerawat yang wajib anda tahu

Kongsikan artikel ini jika bermanfaat untuk teman rapat anda.

Facebook Comments