5 Sebab Orang Ramai Memilih (Produk Bahan Kimia VS Produk Organik)

0
53

Sejak kebelakangan ini, industri penjagaan kulit secara organik telah mula mendapat nama di pasaran Malaysia. Meskipun industri ini sebenarnya sudah lama bertapak sejak dari zaman dahulu lagi, namun dek kerana lambakan campuran bahan kimia dan bahan organik dalam produk membuatkan ia seringkali menjadi pilihan utama.

Produk Bahan Kimia VS Produk Organik,Mengapa?

Kita huraikan seperti dibawah.

1. Harga

99% manusia di atas muka bumi ini bergantung kepada harga dan kualiti sesuatu produk. Dan boleh dikatakan 80% daripada mereka yang meletakkan harga sesuatu produk sebagai kayu ukur untuk membeli. Setiap orang miliki prinsip yang berbeza jika dikaitkan dalam penjagaan kulit. Banyak produk organik sudah mula dipasarkan.

Ada yang menginginkan produk organik sebagai produk harian mereka namun dek kerana kekangan harga yang mahal, hal itu mengekang mereka daripada membeli. Oleh sebab itu, mereka berpaling kepada produk yang masih selamat digunakan walaupun ia memiliki kandungan kimia yang membahayakan.

Produk seumpama ini miliki harga yang berpatutan dan menjimatkan. Jadi, pada mereka, mengapa berbelanja lebih jika fungsi kedua-dua jenis produk itu miliki objektif yang sama dalam penjagaan kulit mereka.

2. Capaian

Percaya atau tidak, kini produk seumpama ini senang didapati di pasaran. Para pembeli boleh mendapatkan produk ini dengan hanya memesan secara online. Mengapa? Kerana sekarang segalanya di hujung jari. Boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia miliki akses internet melalui telefon pintar mereka.

Jadi, dengan kelebihan ini, kuasa membeli semakin meningkat dalam sekelip mata. Selain itu, produk ini juga boleh didapati di pasar raya besar dan kedai runcit di serata Malaysia. Para pengusaha membekalkan produk mereka di gedung ini kerana di dilihat berpotensi untuk menjual produk mereka.

3. Teknik Pengiklanan Oleh Para Pengusaha

Setiap produk mesti mempunyai teknik pengiklanan yang berjaya jika ingin mendapat liputan meluas di seluruh tempat. Skil pemasaran perlu kemas dan bijak dalam bersaing dengan produk lain. Para pengusaha sedia menghabiskan wang untuk memastikan produk mereka mendapat tempat di hati para pembeli.

Semakin berkesan teknik pengiklanan, semakin meluas produk mereka mendapat nama dan semakin tinggi permintaan terhadap produk itu. Apabila produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli, maka para pengusaha mendapat keuntungan yang besar.

4. Duta yang cantik molek

Lumrah manusia adalah mengagumi kecantikan. Justeru, para pengusaha menggunakan teknik ini untuk meraih perhatian ramai. Model-model yang cantik molek dijadikan duta bagi produk mereka, seolah-olah menunjukkan sesiapa yang menggunakan produk itu secara berterusan akan menjadi cantik seperti model yang digaji untuk produk itu.

Kecantikan atau ketampanan model yang dijadikan duta produk itu sedikit sebanyak dapat menarik perhatian ramai pembeli khususnya dari golongan wanita. Tambah-tambah lagi jika model itu merupakan selebriti terkenal tanah air. Semestinya ramai yang mengenali selebriti itu dan terus membeli produk yang diiklankan oleh selebriti itu.

Kesimpulan

Sejujurnya, sedarkah kita bahawa penggunaan produk kimia secara berterusan dalam jangka masa yang lama boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan? Kajian daripada para saintis menunjukkan bahawa kulit kita mampu menyerap kandungan kimia yang kita gunakan sehari-hari. Bahan kimia yang terdapat dalam produk, makanan ataupun persekitaran mampu diserap oleh kulit kita dan menembusi salur darah yang mana ia menjadi sebahagian daripada diri kita. Secara tidak langsung, bahan kimia itu mampu memberi kesan yng negatif kepada diri, terutama organ dalaman kita.

Jika kita perhatikan sekarang, semakin ramai pesakit yang mengidap penyakit kritikal seperti kanser, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Penyakit seperti ini sebenarnya bermula dengan amalan harian mereka. Penggunaan produk mandian yang memiliki bahan kimia serta makanan yang miliki sisa kimia akibat baja kimia memainkan peranan penting dalam menyumbang sakit seumpama ini.

Pendek kata, jika anda ingin sihat, anda perlu mengubah amalan harian anda bermula dengan produk harian anda. Cuba gunakan produk organik yang boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Sememangnya, produk organik mahal namun tiada siapa yang dapat mendangkal kelebihannya dalam segala hal.

 

Facebook Comments