5 MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN DAN 5 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MENGURANGKAN PERTUMBUHAN JERAWAT

Pada tahun 2010, para pengkaji telah mengejutkan sesetengah orang dengan laporan mereka yang mengatakan bahawa diet boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat.

Tahun ini, sebuah artikel dalam jurnal saintifik bernama Skin Therapy Letter  melaporkan hasil keputusan terhadap sebanyak 27 kajian analisis – 21 kajian pemerhatian dan 6 percubaan klinikal.

Para saintis menemui bahawa pengambilan susu lembu boleh meningkatkan pertumbuhan jerawat dan juga menemui satu hubungan antara diet yang tinggi dengan glisemik dengan risiko jerawat.

Satu kajian yang lebih awal telah diterbitkan pada tahun 2007 juga menunjukkan keputusan yang serupa. Para pengkaji Australia telah mendapati bahawa lelaki muda berusia antara 15 dan 25 tahun mengalami perubahan yang dramatik apabila mereka bertukar daripada mengamalkan diet Amerika (dengan roti putih dan bijirin proses) kepada diet yang lebih sihat mengandungi bijirin penuh, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Jerawat pada muka budak-budak lelaki tersebut yang mengamalkan diet yang tinggi protein dan mengandungi indeks glisemik yang rendah telah bertambah baik,” kata penulis Neil Mann, profesor madya di the Royal Melbourne Institute of Technology in Australia, “sehingga lebih daripada 50% yang mana lebih banyak daripada apa yang anda dapat lihat dengan rawatan jerawat yang biasa.”

Terdapat sesetengah orang yang telah lama percaya bahawa diet sebenarnya memberikan pengaruh kepada jerawat. Namun, kini barulah para pengkaji mula berusaha untuk mencari bukti yang mengatakan perkara ini benar. Sekiranya anda mahu mengubah cara tabiat pemakanan anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, kami menyarankan anda untuk mencubanya. Anda tidak akan rugi apa-apa!

Baca : 7 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Yang Anda Wajib Tahu

5 makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan pertumbuhan jerawat

Sehingga kini, kajian ditumpukan kepada kebanyakan makanan yang menjadikan jerawat bertambah teruk. Beriku merupakan lima makanan yang menjadi punca kepada peningkatan jerawat. Elakkan makanan-makanan ini dalam tempoh seminggu dan anda akan dapat lihat perbezaannya.

  1. Susu Lembu

Kajian pada tahun 2010 telah mendapati hubungan antara susu lembu dengan jerawat. Para sainstis masih lagi tidak pasti mengapa ia berlaku sedemikian namun terdapat beberapa teori. Susu lembu boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh juga meningkatkan keradangan (membawa kepada jerawat). Ia juga turut meningkatkan paras insulin, yang menggalakkan penghasilan minyak kulit (sebum).

Kebanyakan susu komersial yang kita beli datang daripada lembu-lembu yang sedang bunting. Disebabkan itulah ia mengandungi hormon-hormon yang lain di mana ia boleh merangsang penghasilan sebum. Susu juga mengandungi hormon pertumbuhan yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kulit secara berlebihan dan berupaya untuk menutupi liang-liang kulit.

Pada tahun 2005, para pengkaji telah mengkaji data daripada Nurses Health Study II yang terkenal itu dan mendapati bahawa peserta remaja yang minum lebih banyak susu memiliki kadar pertumbuhan jerawat yang tinggi berbanding mereka yang kurang atau tidak mengambil susu tersebut.

  1. Gula:

Anda mungkin sudah mengesyaki bahawa gula sememangnya berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat ini. Beberapa kajian kini telah mengatakan bahawa berkemungkinan terdapat kaitan antara kedua-duanya.

Hal ini tidak bermakna sekiranya anda makan sekeping biskut, anda akan mengalami pertumbuhan jerawat. Ia kembali kepada berapa banyak gula yang anda makan dalam sehari – lebih tepat dalam satu-satu masa. Jika anda mengambil soda dan kepingan coklat sebagai contoh, anda sebenarnya telah meningkatkan kandungan gula dalam darah anda dan jerawat mungkin akan tumbuh beberapa jam kemudiannya.

Jadi, sekiranya anda rasa gula boleh menjadi bahaya kepada anda, cuba kurangkan pengambilan gula walaupun hanya meninggalkan minuman bergula selama sehari dan anda akan dapat rasai perbezaannya.

  1. Makanan yang kaya dengan glisemik:

Makanan ini merupakan makanan yang mudah dihadam di dalam tubuh badan, sehingga boleh merangsang kepada penghasilan insulin dan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia juga akan merangsang kepada penghasilan hormon secara tidak stabil serta keradangan.

Kedua-duanya merupakan penyebab kepada pertumbuhan jerawat. Kita sedang bercakap tentang makanan seperti roti putih, bijirin sarapan proses, nasi putih, pretzel, cip kentang,  biskut, kek dan sebagainya. Pilih makanan yang memiliki indeks glisemik yang rendah seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, ubi kentang dan buah-buahan.

  1. Makanan Ringan:

Atas sebab yang sama sebagaimana yang telah dinyatakan di atas (ketidakstabilan hormon dan peningkatan paras gula dalam darah), makanan ringan adalah termasuk ke dalam senarai makanan yang perlu dielakkan.

  1. Makanan Segera:

Makanan segera yang berminyak boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Kajian telah mengaitkan makanan segera dengan masalah seperti asthma, disebabkan oleh keupayaannya untuk meningkatkan keradangan dalam badan.

Keradangan boleh membawa kepada jerawat. Keradangan boleh membawa kepada jerawat jadi, sekiranya anda mengunjungi restoran makanan segera, pastikan anda memilih salad ataupun yogurt.

BAGAIMANA PULA DENGAN COKLAT?

Sekian lama disyaki menjadi penyebab kepada jerawat, akhirnya ia telah pun terbukti kebenarannya. Satu kajian kecil dari Belanda yang telah diterbitkan pada tahun 2013 mendapati terdapat satu hubungan antara coklat dan perubahan kulit yang membawa kepada jerawat. Dalam kajian tersebut, para saintis telah mengumpulkan sampel darah daripada tujuh orang yang sihat sebelum dan selepas mereka maakn 1.7 auns coklat setiap hari untuk tempoh empat hari.

Para saintis kemudiannya mendedahkan sel-sel darah tersebut kepada sejenis bakteria yang bernama Propionibacterium acnes yang mana menyebabkan jerawat apabila mereka mula tumbuh di dalam liang-liang yang tersumbat. Selain itu, bakteria lain juga didedahkan iaitu Staphylococcus aureus, sejenis bakteria yang boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Selepas makan coklat, sel darah paras peserta kemudiannya telah menghasilkan lebih banyak interleukin-1b, iaitu penanda kepada keradangan yang mana apabila ia terdedah kepada exposed to Propionibacterium acnes. Pengambilan coklat juga telah meningkatkan penghasilan faktor sistem imun yang lain dikenali sebagai interleukin 10 selepas ia didedahkan kepada Staphylococcus aureus. Interleukin 10 diketahui akan menurunkan sistem pertahanan badan daripada mikroorganisma jadi apabila jumlahnya meningkat ia akan membenarkan bakteria untuk menyerang jerawat dan menjadikan ia bertambah teruk.

Hal ini menunjukkan bahawa coklat berupaya untuk meningkatkan keradangan dan menggalakkan jangkitan bakteria sehingga menjadikan jerawat bertambah teruk. Ia merupakan hasil daripada satu kajian yang berskala kecil dan masih banyak lagi kajian diperlukan untuk menguatkannya. Coklat gelap memilik antioksidan yang menyihatkan, jadi bergantung kepada berapa banyak yang anda makan sehari, anda mungkin memerlukan sedikit pembuktian yang lebih banyak. Sementara itu, untuk melihat sama ada anda mungkin sensitif terhadap coklat, cuba tinggalkannya untuk tempoh seminggu dan lihatlah sendiri sekiranya anda akan dapati perubahan pada kulit anda.

APA YANG PERLU DIMAKAN?

Hanya dengan meninggalkan makanan yang merosakkan seperti yang di atas dan ia akan membawa anda kepada kulit yang lebih cerah terutama sekali sekiranya sebelum ini anda pernah mengambil makanan tersebut. Namun, bagaimana pula sekiranya anda sememangnya sudah mengamalkan pemakanan sihat? Adakah terdapat makanan yang perlu anda tinggalkan untuk mengelakkan jerawat? Kajian masih lagi di tahap permulaan namun kita boleh dapatkan sedikit pengetahuan tentang makanan tertentu yang mungkin boleh membantu. Berikut merupakan lima makanan tersebut:

  1. Ikan:

Diet moden Barat kini mengandungi terlalu banyak asid lemak omega-6 yang mana dikaitkan dengan keradangan. Jadi, mengambil lebih banyak omega-3 seperti mana yang terkandung dalam makanan seperti lemak ikan, walnut, biji rami, dan yang seumpama dengannya boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengawal pertumbuhan jerawat.

  1. Teh Hijau:

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi anda dariada sebarang persekitaran yang tidak baik untuk kulit. Minum lebih banyak teh hijau sepanjang hari.

  1. Tiram:

Beberapa kajian telah mendapati bahawa mineral zink berkemungkinan dapat mengurangkan kesan jerawat. Adalah yang terbaik untuk mendapatkan zink daripada makanan anda, walaubagaimanapun, terlalu banyak pengambilannya melalui suplimen (lebih daripada 100 mg sehari) boleh memberikan kesan sampingan kepada anda. Makan lebih banyak tiram, germa gandung bakar (sitabur di atas salad dan sayur-sayuran stim), daging bakar, labu bakar dan biji squash selain daripada biji tembikai kering.

  1. Jus:

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran secara semula jadinya dapat membantu membersihkan kulit daripada jerawat. Kebanyakan sayuran mengandungi beta-karotina yang secara semula jadinya membantu mengurangkan minyak pada kulit dan sudah tentu anti-keradangan. Sayuran berdaun hijau juga berupaya untuk membersihkan bendasing daripada badan yang mana boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Buah beri berwarna gelap juga mengandungi pitonutrien yang baik untuk kulit apabila ia dimakan.

  1. Probiotik:

Ia telah diketahui berupaya untuk mengurangkan keradangan di dalam usus yang mana juga boleh mengurangkan jerawat. Menurut kepada kajian ada tahun 2011, mikroflora usus mungkin mempengaruhi keradangan di seluruh badan yang mana turut sama melibatkan pertumbuhan jerawat. Disebabkan oleh makanan pre dan probiotik dapat mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif, para saintis percaya bahawa mereka boleh membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat. “Terdapat lebih daripada cukup untuk membuktikan bahawa mikrob di dalam usus dan keadaan salurang pencernaan sendiri memainkan peranan yang penting kepada proses pembentukan jerawat,” para saintis menulis. Untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda, anda boleh mencuba yogurt, kefir, sauerkraut, coklat gelap, mikroalga, sup miso, jeruk, tempeh, kimchi dan teh kombucha.

Sudah tentu masih terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat dan diet merupakan salah satu daripadanya. Makan secara bersih dan mengelakkan penyebab kepada jerawat, masih terdapat lagi faktor lain yang boleh menyebabkan keadaan seperti itu berlaku.

 

 

 

Facebook Comments